12 April 2012

Coretanku

Salam semua,

 

Hidup ini bagaikan roda. Adakala kita berada di atas, adakalanya di bawah. Adakala kita heppy, adakala pula sedih. Semua itu adalah kehendak dari-Nya. Haruslah terima dengan hati yang terbuka. Ada pepatah mengatakan 'Harapkan panas hingga kepetang, rupanya hujan di tengah hari'. Kebahagiaan yang diinginkan, kesedihan yang menjengah. Sebagai manusia, haruslah tetap berdoa inginkan yang terbaik. Sesungguhnya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Allah menjanjikan terbaik dari yang terbaik kepada setiap umat-Nya. Walau apa pun yang berlaku selepas ini, diharap teruskan hidup seperti biasa. Harus kuat demi anak tercinta. Walaupun perit terpaksa ditelan jua. Sesungguhnya, pengajaran yang diterima menjadikan diri lebih dewasa. InsyaALLAH, hidup akan terus berjalan walaupun tiada dirinya disisi.

 

~Mudah-mudahan..Amin~

No comments:

Post a Comment