15 December 2011

Sedangkan Lidah lagi Tergigit, inikan pulak suami isteri..

Hmm, bercakap pasal kehidupan sebagai pasangan suami isteri, PERGADUHAN itu adalah suatu kebiasaan..Cuma depend pada besar atau keciknya hal yg digaduhkan.. Mak juga tidak terlepas dari mengalami perkara berkenaan..Ada yg smpi berhari2 x bertegur..memasing EGO kan..? so, mak tetibe ringan tangan nak mencarik:-

TIPS-TIPS UNTUK MEMULIHKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI..

Apa yang anda boleh dilakukan

- Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.
- Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.
- Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara.
- Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.
- Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri.
- Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami.
- Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.
- Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.
- Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.
- Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.
- Ketika suami sedang marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan meredakan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.
- Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.
- Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.
- Fikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.

so, mak harap perkara di atas dpt membantu uolss yg  memerlukan ye..cuba la sedaya mungkin untuk memperbaiki hubungan yang kita ada, insyaALLAH...

No comments:

Post a Comment